Pelakon, Nadia Brian mencuri tumpuan ramai apabila hadir ke majlis resepsi pasangan mempelai, Primadona Malaysia Erra Fazira dan usahawan, Ezwan Zain.
Menerusi hantaran di platform Threads, Nadia atau nama lengkapnya, memakai busana berona ungu gelap yang netizen sifatkan sedikit ‘bold’ dan dianggap tidak sesuai untuk ke majlis perkahwinan.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen tampil memegur Nadia agar berpakaian lebih sopan dan tidak melebihi pengantin terutamanya ketika menghadiri majlis rasmi sedemikian.
Meskipun menerima kritikan, Nadia bagaimanapun dilihat tidak mengendahkan komen-komen netizen itu.







