Penampilan Fazura Jadi Sorotan Hijabi Masa Kini, Kekal ‘Elegan’ Dalam Gaya Patuh Syariah! – Hijabista

Penampilan Fazura Jadi Sorotan Hijabi Masa Kini, Kekal ‘Elegan’ Dalam Gaya Patuh Syariah! – Hijabista

Jalan hidup kita, suka atau duka, semuanya telah disusun cantik oleh Allah. Sejak berkahwin pada tahun 2018, pemilik nama lengkap Nur Fazura Sharifuddin terus mengukuhkan kedudukannya sebagai salah seorang usahawanita terkenal tanah air.

Jika dahulu, Fazura sekadar mengusahakan butik fesyen House of Doll, kini beliau berjaya melahirkan lebih banyak rangkaian jenama gaya hidup dan Muslimah seperti Fazbulous, Fazura Skincare, Fazura Beauty, Tudung Fazura, Trudolly (jenama yang diusahakan bersama Puteri Zarith) serta yang terbaharu, Fazura Beauty Water.

Fazura Sebak Kenang Kisah Penghijrahanya!

Penampilan Fazura Jadi Sorotan Hijabi Masa Kini, Kekal ‘Elegan’ Dalam Gaya Patuh Syariah!Penghijrahan bagi Fazura sememangnya sudah diduga sejak awal lagi. Bermula dari sekadar berhijab hanya pada bulan Ramadan, Fazura dilihat perlahan-lahan menyenangi helaian yang lebih longgar dan sopan.

Pertama kali melangkah keluar dengan transformasi hijab sepenuhnya pada 4 tahun lalu, Fazura akui dirinya berasa sungguh tenang. Malah, Fattah Amin dan ahli keluarga Fazura merupakan antara orang terawal, yang gembira melihat perubahan aktress berusia 40 tahun itu.

Artikel berkaitan: Sedia Buka ‘Kilang Anak’ Ini Hasrat Yang Mahu Dicapai Fazura Tahun Ini! – “Kalau Boleh Saya Nak..”

“MasyaAllah, Dia permudahkan semua yang Faz buat. Apa saja yang terdetik di hati, tiba-tiba jadi mudah. Now I respect myself more!” Fazura

Sambil mengiyakan pendapat bahawa untuk bertudung itu mudah tapi untuk beristiqamah itu yang susah, Fazura tegas berpegang pada niat sebenarnya, iaitu menjadi wanita Muslimah yang sejati.

“Of course everyone has their own struggle. Macam saya semasa baru berhijrah pun, hati selalu berbolak-balik. Saya selalu berdoa dan mohon juga doa semua kepada Allah agar kebaikan ini berterusan buat selama-lamanya.” Fazura.

Bersyukur Perniagaan Tudung Beri Pengaruh Wanita Lain Bersama Tutup Aurat

 

Penampilan Fazura Jadi Sorotan Hijabi Masa Kini, Kekal ‘Elegan’ Dalam Gaya Patuh Syariah!Penampilan Fazura Jadi Sorotan Hijabi Masa Kini, Kekal ‘Elegan’ Dalam Gaya Patuh Syariah!

Paling menyentuh hati, Fazura sangat bersyukur kerana perniagaan tudung yang dijalankan sedikit sebanyak membuka hati segelintir kaum wanita untuk mula belajar menutup aurat.

Sebagai salah seorang selebriti popular yang pernah menerima banyak anugerah, laluan Fazura dalam dunia keusahawanan terbentang luas menggunakan platform peminatnya yang ramai. Terkini, jumlah pengikut beliau mencapai 5.7 juta di Instagram dan 460,000 di TikTok!

Ibu kepada si comel Nur Fatima Aisya itu juga menolak sangkaan klise tentang fenomena artis bertudung semata-mata untuk berniaga. Bersangka baik dengan takdir Allah, pasti hikmah di sebaliknya besar sekali.

Pun begitu, sebagai wanita yang sering diangkat sebagai ikon fesyen, adakah jiwa Fazura terhadap seni fesyen telah benar-benar berubah?

Sejak Berhijab Makin Gemar Gayakan Busana Fesyen Patuh Syariah

Penampilan Fazura Jadi Sorotan Hijabi Masa Kini, Kekal ‘Elegan’ Dalam Gaya Patuh Syariah!Penampilan Fazura Jadi Sorotan Hijabi Masa Kini, Kekal ‘Elegan’ Dalam Gaya Patuh Syariah!

“Sekarang Faz lebih seronok dan suka berfesyen, malah makin suka explore macam-macam gaya hijabi. Mujurlah sejak dulu Faz seorang yang ringkas dan suka tudung bawal.

Koleksi wardrobe pun banyak seluar jeans dan oversized shirt yang sesuai dengan diri Faz yang baru. Cuma itulah, Faz nak cuba lebih banyak stail hijab yang berbeza.”

Bersyukur kerana bukan sahaja dapat membantu membuka pintu hati para wanita untuk berhijab, perniagaan Tudung Fazura juga turut membantu orang lain, khususnya stokis dan ejen menjana pendapatan semula.

“Kebanyakan ‘besties’ saya ialah golongan suri rumah yang ingin membantu suami menjana pendapatan. Saya bangga dengan kejayaan mereka yang sama-sama mendukung jenama Tudung Fazura serta produk-produk saya yang lain.

Ini membakar semangat saya untuk terus menghasilkan produk pada harga mampu milik yang sesuai untuk semua.”

Untuk rekod, tudung Fazura antara jenama hijab Malaysia yang mencipta fenomena, menjadi rebutan dan koleksi ramai, sekaligus menjemput lebih ramai Muslimat menutup aurat. Melalui bisnes yang dibangunkan itu juga, Fazura berjaya membantu ramai wanita lain.

Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Majalah NONA

Sumber foto: Instagram Miss Fazura

Artikel berkaitan: “Sabarlah.. Biar I Betulkan,” Gelagat Fattah Layan Kerenah Fazura Enggan Pipi Tembam, Bikin Netizen ‘Cemburu’

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

OR

Scroll to Top