Penampilan Iqbal, Diana undang persoalan

Penampilan Iqbal, Diana undang persoalan


Kuala Lumpur: Hantaran pempengaruh media sosial Ahmad Iqbal Zulkefli, 31, dalam beberapa foto bersama pelakon jelita Diana Danielle, 34, cetus pelbagai reaksi netizen.

Apalagi pada bahagian ‘caption’, Iqbal menitipkan lagi kata-kata yang agak romantis dan ‘sweet’.

“Terima kasih telah hadir di sisi dan di hati saya. Terima kasih mengajar banyak kebaikan dalam hidup,” tulisnya.

Sekaligus ucapan itu membuatkan netizen mempersoal tujuan sebenar hantaran itu dan berteka-teki dengan maksudnya. 

Sebahagian daripada mereka mengucapkan tahniah dan berharap agar hubungan mereka berakhir dengan jodoh. Jika benar, semoga Allah mempertemukan mereka dalam ikatan yang sah.

“Sungguhkah ini Abang Bal? Kalau betul, alhamdulillahlah. Semoga berjodohan jika Allah izinkan. Tahniah alhamdulillah,” antara komen netizen.

Akan tetapi, ramai juga memang kurang senang dan menyuarakan kebimbangan mengenai status Diana yang dikatakan masih bergelar isteri orang.

Mereka berpendapat hantaran terbabit mungkin boleh menimbulkan fitnah kepada Diana, yang sudah berkeluarga. Ada yang memintakan padam hantaran itu.

“Itulah, ayat dia boleh timbul fitnah. Padamlah. Tak elok kot,” komen netizen.

 

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top