Penampilan pelakon Nadia Brian ketika di majlis resepsi, Erra Fazira menjadi perhatian ramai sehingga menimbulkan rasa kurang senang netizen.
Menerusi laman Threads, Nadia dilihat memuat naik gambar menghadiri majlis Erra dan Ezwan mengenakan gaun berwarna ungu.
BACA: Nedim Kongsi Foto Berpegangan Tangan Dengan Nadia Brian

Diruangan komen, rata-rata netizen mengatakan Nadia kelihatan cantik namun mendakwa busana yang digayakannya agak berlebihan.
Sementara itu, ada yang mempersoalkan mengapa memakai baju berkenaan hadir majlis kahwin kerana dianggap tidak sesuai.







