Penampilan Sopan & Stylish LARISSA CHOU Jadi Inspirasi Hijabi – Hijabista

Penampilan Sopan & Stylish LARISSA CHOU Jadi Inspirasi Hijabi – Hijabista

Sejak kebelakangan ini, kita lihat ramai yang sudah bermula untuk memandang serius dalam perhubungan dan juga ingin mengikat hubungan yang halal antara lelaki dan perempuan. Namun, dalam proses untuk menghalalkan hubungan itu, ramai yang menghadapi kesukaran untuk mengumpul wang untuk hari perkahwinan yang tidak lama akan berlangsung nanti.

Baru-baru ini terdapat perkongsian dari seorang wanita yang menunjukkan dia menghadapi kesukaran untuk menempah baju bridesmaids dengan harga yang berpatutan–apa yang dia lakukan adalah dengan menjahit baju itu sendiri! Meski pun tiada pengalaman menjahit, sangat menarik dan teruja untuk melihat hasilnya.

Mahal sangat nak tempah, ambil keputusan jahit sendiri

Sudah menjadi kebiasaan buat setiap majlis perkahwinan pada zaman moden ini di mana pengantin haru di iringi oleh pengapit atau bridesmaids yang memperagakan pakaian yang sedondon dan cantik di lihat–seolah perbarisan bidadari ke kayangan. Namun, bagi mencapai apa yang di inginkan, ramai yang perlu mengorbankan wang yang begitu banyak.

Bukan sahaja perhiasan seperti pelamin, door gift, suasana kenduri kahwin, malah bridesmaids juga salah satu elemen penting buat para pengantin. Apakan daya, ada yang ingin meminta lebih tetapi mempunyai bajet yang tidak mencukupi–begitulah yang di usahakan oleh wanita yang mesra di kenali sebagai Chemell kerana kegigihannya menjahit lapan pasang baju bridesmaids dengan sendiri!

@chemellll Last minute jahit English Vintage Dresses for my bridesmaid part 1 #buwatjetiktok ♬ Lenggang Puspita – Afgan

Chemell juga mengatakan dia tidak mahu untuk meminta tukang jahit jahitkan baju bridesmaids buat rakan-rakannya kerana tempahan yang begitu mahal. Apa yang Chemell lakukan ada sangat mengejutkan kerana pengantin yang ingin melangsungkan perkahwinan sedia ‘bertarung’ untuk menyiapkan baju bridesmaids pilihannya meski pun tiada pengalaman menjahit.

“Sepattnya dress bridesmaiss, ada tukang jahit yang buatkan. Tapi di sebabkan beberapa isu yang tidak dapat di elakkan, saya ambil keputusan untuk buat sendiri last minute,

“Memang gila sebab saya tak pernah menjahit. Bridesmaids saya ada lapan orang, memang mak dah bising dan mula risau,

“Penat juga…saya cuba cari tukang jahit lain tapi mereka ambil mahal mungkin sebab rekaan itu. Jadi saya berterima kasih kepada cikgu yang sudi terima pelajar last minute untuk belajar menjahit dress yang agak susah,” katanya.

Dia juga memberitahu bahawa dia hanya mempunyai masa hanya melelapkan mata selama empat jam sahaja sepanjang tempoh proses menyiapkan busana untuk rakan-rakannya itu. Usaha yang di lakukan itu adalah sebagai tanda penghargaannya untuk rakan-rakannya yang sudi menemani Chemell sejak lebih 20 tahun lagi.

Artikel berkaitan: Bakal Pengantin Takut Nak Pakai Tudung ‘Off White’ Untuk Majlis, Ini Nasihat Pakar Supaya Lebih ‘Confident’

Bukan keseorangan untuk menyiapkan segala persiapan

Chemell tidak sahaja keseorangan dalam menyiapkan segala persiapan perkahwinannya, dia juga turut di bantu oleh tunangnya dan juga rakan-rakannya dalam menyiapkan door gift dan sebagainya. Ramai juga yang turut memberikan sokongan kepadanya.

Apabila melihat kepada jenis rekaan yang di buat olehnya pula, dia cuba menghasilkan pakaian yang berasaskan ukuran standard pada masa yang sama menambahkan tali yang boleh di jadikan ribbon sebagai fungsi mengetatkan bahagian pinggang mengikut kesesuaian saiz yang berbeza-beza.

Menerusi temubual bersama mStar, Chemell juga meluahkan bagaimana segala persiapan dari mula hingga akhir dan apa yang di alaminya sewaktu proses itu berlangsung. Dia juga sempat mengucapkan rasa gembiran walaupun penat dan tidak cukup rehat, dia dapat menyediakan ‘hadiah’ terbaik buat sahabat-sahabat karibnya itu.

@chemellll Replying to @Mazidah Hassan sebab malam busy so kita post sekarang 🤣 i dah boleh masuk fashion line bridesmaid ke 🤭 #buwatjetiktok ♬ original sound – ㅤ

Tailor bukan tak mahu buat, tapi sebab dia hamil anak pertama jadi keadaannya sedikit tidak stabil. Jadi saya faham situasi yang di alami,

“Semestinya dia penat, mual, muntah dan alahan sebagainya. Lagipun dia mempunyai pekerjaan hakiki pada siang hari dan memang meluangkan waktu malam untuk menjahit,

Seperti yang di kongsikan oleh dia di video yang telah di muat naik ke media sosialnya, dia akui susah untuk mencari tukang jahit yang boleh berikan harga yang berpatutan. Keputusan ini juga membuatkan dia terpaksa untuk lakukan ini secara sendiri.

“Tak jumpa yang nak ambil upah mengikut bajet saya. Jadi memang saya nekad untuk buat sendiri dengan tunang,

“Kebetulan pula saya memang ada mengikuti kelas fashion designer untuk bisnes fesyen saya sendiri,

“Jadi saya jadikan baju-baju bridesmaids ini sebagai platform dalam menjayakan perniagaan yang ingin saya ceburi…bila dah pandai menjahit, saya akan jahit sendiri selepas berkahwin,” ujarnya lagi.

Kegigihan Chemell dapat ramai komen yang memuji kesungguhannya tambahan juga tidak berkira untuk membuatkan pakaian itu khas buat kawan karibnya. Semoga apa yang di usahakan akan berjaya di majlis perkahwinan nanti!

Sumber info dan gambar: mStar, Canva, dan Chemell

Artikel berkaitan: Tersalah Sebut Nama Pengantin Atau Ayah Pengantin, Ketahui Hukum Akad Nikah

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

OR

Scroll to Top