Penang FC mahu cipta kejutan di Petaling Jaya

Penang FC mahu cipta kejutan di Petaling Jaya


Penang FC tekad menterbalikkan defisit satu gol apabila berdepan pasukan pilihan Selangor FC dalam aksi separuh akhir kedua Piala Cabaran di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada Ahad. – Foto Selangor FC

PENANG FC tekad menterbalikkan defisit satu gol apabila berdepan pasukan pilihan Selangor FC dalam aksi separuh akhir kedua Piala Cabaran di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada Ahad.

Itu tekad pengendali Wan Rohaimi Wan Ismail dan pemain Harimau Kumbang yang ketinggalan satu gol ketika melayan kunjungan anak buah Katsuhito Kinoshi di Stadium Bandaraya pada 19 Januari lalu.

“Motivasi semua pemain Penang dalam keadaan positif untuk menghadapi perlawanan ini dan mereka sedar cabaran getir yang akan hadapi Ahad ini.

“Insya-ALLAH, kami akui ketinggalan satu gol, namun dalam bola sepak segalanya kemungkinan berlaku,” katanya pada Sabtu yang mengakui kejayaan mengikat Selangor dalam aksi liga 25 Januari lalu menyuntik motivasi pemainnya.

Mengenai kondisi pasukan pada ketika ini, Wan Rohaimi mengakui skuad Haria Penang Haria itu terpaksa melupakan khidmat tiga pemain tengah, Khairu Azrin Khazali, Neto Oliveira dan Azrie Reza Zamri.

“Cabaran untuk perlawanan ini juga saya tidak dapat menggunakan barisan terbaik setelah tiga pemain utama mengalami kecederaan

“Khairul Azrin mengalami kecederaan buku lali ketika aksi liga berdepan Selangor, manakala Neto dan Azrie Reza pula mengalami kecederaan ketika sesi latihan.

“Situasi ini sedikit menjejaskan persiapan pasukan, biarpun begitu, ini sebahagian bola sepak dan saya percaya pemain yang mengisi posisi mereka mampu mengalas tanggungjawab masing-masing,” katanya.



Source link

OR

Scroll to Top