Penangan Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza, Netizen Minta Noh Salleh ‘Remake’ Lagu Kau Mawarku

Penangan Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza, Netizen Minta Noh Salleh ‘Remake’ Lagu Kau Mawarku


Aura Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza terus mencetuskan fenomena apabila segelintir netizen mula menyuarakan harapan agar penyanyi dan pemuzik, Noh Salleh tampil membuat versi ‘remake’ lagu ikonik, Kau Mawarku bersama Biduanita Negara itu.

Permintaan itu timbul susulan kolaborasi istimewa yang dipersembahkan pada malam konsert mega berkenaan yang diadakan pada Sabtu lalu sekali gus mencetuskan perbualan hangat di media sosial.

Sedar dengan respons positif peminat, Noh bagaimanapun tampil memuat naik hantaran ringkas di platform Threads miliknya dengan menyeru nama maestro terkenal iaitu, Aubrey Suwito.

“Aubrey  macam mana ni,” katanya.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet menyambut baik kolaborasi antara Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Noh Salleh menerusi lagu berkenaan.

Terdahulu, lagu duet Kau Mawarku nyanyian asal Siti Nurhaliza dan Zul dari Kumpulan 2 By 2  itu meninggalkan kesan mendalam kepada peminat apabila Noh Salleh membawakan lagu berkenaan dengan cukup sempurna pada konsert berskala besar itu.

 



Source link

OR

Scroll to Top