Penderitaan berakhir, Hery hembus nafas terakhir di sisi ibu

Penderitaan berakhir, Hery hembus nafas terakhir di sisi ibu

Penderitaan berakhir, Hery hembus nafas terakhir di sisi ibu


redzuan.muharam@hmetro.com.my

Ampang: Perjuangan Hairie Akmal Mohd Khairul Sim yang pernah menderita barah darah tahap empat berakhir selepas dia meninggal dunia kira-kira jam 7.52 malam tadi.

Allahyarham Hairie Akmal atau mesra disapa Hery yang berusia 27 tahun meninggal dunia akibat paru-paru berair kronik (GVHD ‘Graft-versus-host disease’) iaitu komplikasi serius selepas transplan sel stem.

Berita duka itu disampaikan ibunya, Zainab Mat Daud, 54, yang ada di sisi ketika Hery menghembuskan nafas terakhir.

Menurut Zainab, jenazah Allahyarham Hery dibawa dari Hospital Ampang, Selangor ke Masjid Al-Najihin, Bandar Sri Permaisuri Cheras, Kuala Lumpur untuk dimandikan kira-kira jam 10 malam tadi dan akan disembahyangkan pada Subuh nanti.

“Sebagai ibu, saya reda kerana sudah lama arwah menanggung derita itu. Doakan arwah.

“Jenazah akan dikebumikan pagi esok di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur,” katanya ringkas kepada Harian Metro.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan kisah perjuangan Hery yang disahkan menghidap barah pada lima tahun lalu.

Berikutan itu, kehidupan Hery yang dulunya aktif berubah hingga disahkan orang kurang upaya (OKU) kategori pelbagai selepas tidak dapat berjalan dan perlu bergantung dengan kerusi roda.

Anak bongsu daripada dua beradik itu menjalani kemoterapi pada 2022 namun kesihatannya merosot selepas menjalani transplan.

Lebih menyedihkan, penglihatannya juga kabur dan dimasukkan ke Hospital Ampang pada 20 November lalu untuk menerima rawatan dan pemantauan.

Bagaimanapun, Hery tidak menunjukkan perkembangan baik dan terpaksa bergantung dengan alat bantuan pernafasan sehingga menghembuskan nafas terakhir.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top