am@hmetro.com.my
Nilai: Berlaku kejadian letupan yang mengejutkan penduduk dekat tempat letak kenderaan di pangsapuri Desa Palma, di sini, awal pagi tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Nilai, Deputi Superintendan Mohamad Asiff Jamaldin berkata, pihaknya menerima maklumat menerusi panggilan kecemasan kira-kira jam 6.30 pagi.
“Pasukan kami terus bergegas ke lokasi dan menemui banyak paku atas jalan serta beberapa kenderaan yang terkena serpihan letupan di salah satu blok.
“Pasukan bomba dihubungi untuk hadir di lokasi bagi membantu siasatan dan mengawal keadaan. Siasatan lanjut diteruskan termasuk mengenalpasti objek yang meletup,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Beliau berkata, buat masa ini kes belum diklasifikasikan dan sedang mengenalpasti suspek yang terbabit dalam kejadian seterusnya menahan individu berkenaan.
“Polis Kontinjen Negeri Sembilan akan memberikan maklumat lanjut berkaitan kes ini,” katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd






