Penemuan bot pam bongkar aktiviti seludup petrol

Penemuan bot pam bongkar aktiviti seludup petrol



am@hmetro.com.my

Pitas: Misteri sebuah bot pam yang ditinggalkan tanpa pengemudi terjawab apabila Pasukan Polis Marin (PPM) menemui beberapa tong biru berisi minyak petrol dipercayai untuk diseludup ke negara jiran.

Rampasan dilakukan kira-kira jzam 4 petang oleh Markas Operasi PPM Kudat di Kampung Pangasaon, di sini, semalam.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Nazri Ibrahim berkata, pasukan serbuan yang menjalankan tugas ronda menemui sebuah bot pam dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, pemeriksaan lanjut di bot pam itu menemui beberapa tong biru berisi minyak petrol.

“Minyak petrol itu dipercayai untuk diseludup masuk ke negara jiran. Anggaran rampasan keseluruhan berjumlah RM45,200,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, pasukan serbuan menunda bot ke Markas Operasi PPM Kudat untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961. Orang ramai dinasihatkan supaya tidak terbabit dengan aktiviti penyeludupan dan sekiranya didapati tindakan undang-undang akan dikenakan kepada pelaku,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top