Penemuan mayat reput: 12 keterangan diambil polis

Penemuan mayat reput: 12 keterangan diambil polis


hidayah.tanzizi@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Polis sudah merakam 12 keterangan saksi berhubung penemuan mayat wanita dipercayai dibunuh berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 1 September lalu.

Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Azman Shari’at berkata, identiti mangsa tidak dapat dikenal pasti kerana keadaan mayat sudah reput.

Menurutnya, setakat ini juga, tiada sebarang penahanan suspekdilakukan dalam kes berkenaan.

“Identiti wanita berkenaan tidak (dapat) dikenal pasti kerana mayat sudah hancur dan tidak boleh kesan bahagian untuk pengesanan pengenalan diri.

“Setakat ini, 12 keterangan saksi diambil tetapi masih tiada petunjuk dan siasatan masih diteruskan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mayat wanita berusia 20-an ditemukan dalam keadaan reput berhampiran KLIA pada 1 September lalu.

Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Azman Shari’at dipetik berkata, hasil bedah siasat yang dijalankan di Unit Forensik Hospital Serdang mendapati empat kecederaan mencurigakan pada tubuh mangsa.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top