Penerbangan mesra bajet Scoot perkukuh pelancongan, ekonomi Melaka

Penerbangan mesra bajet Scoot perkukuh pelancongan, ekonomi Melaka


MELAKA – Melaka terus memperkukuh sektor pelancongan dan ekonominya apabila menerima penerbangan mesra bajet sulung dari Singapura di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) Batu Berendam di sini hari ini.

Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata, kerjasama dengan syarikat Scoot Private Limited (Scoot) itu sekali gus membuka lembaran besar dalam meningkatkan akses antarabangsa ke Melaka.

Menurutnya, penerbangan Scoot ke Melaka yang akan beroperasi lima kali seminggu pada setiap Isnin, Rabu, Jumaat, Sabtu, dan Ahad, memudahkan pelancong dari Singapura dan negara jiran untuk menikmati keindahan bandar bersejarah ini.

Abdul Razak Abdul Rahman

“Scoot juga akan menyediakan penerbangan malam pada hari-hari tertentu untuk memberi lebih banyak pilihan kepada
penumpang, terutamanya bagi mereka yang memerlukan waktu perjalanan fleksibel.

“Dengan harga tambang kelas ekonomi bermula dari SGD69 (RM227) termasuk semua caj dan cukai, kadar yang kompetitif ini
diharapkan dapat menarik lebih ramai pelancong dari seluruh dunia yang transit di Singapura untuk berkunjung ke Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis perasmian dan menyambut ketibaan penerbangan pertama Scoot di LTAM di Batu Berendam di sini petang tadi.

King Sing (dua dari kiri) memotong kek sebagai gimik selepas majlis perasmian dan menyambut ketibaan penerbangan pertama Scoot di LTAM di Batu Berendam, Melaka petang tadi.

Perasmian disempurnakan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) Datuk Seri Tiong King Sing yang menyambut ketibaan seramai 112 penumpang dari Singapura di LTAM pada pukul 2.55 petang

Mengulas lanjut, Abdul Razak berkata beliau yakin laluan baru itu akan terus mendapat sambutan pelancong dalam masa terdekat hasil usaha strategik untuk memperluaskan akses Melaka sebagai destinasi pelancongan antarabangsa.

“Ini juga menyokong agenda pelancongan antarabangsa Melaka, termasuk persediaan untuk World Tourism Day 2025 dan World Tourism Conference 2025,” katanya. – MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top