Penerjun negara, Tze Liang cedera di kepala ketika beraksi papan anjal

Penerjun negara, Tze Liang cedera di kepala ketika beraksi papan anjal


Kuala Lumpur: Penerjun negara, Ooi Tze Liang cedera di kepala ketika beraksi dalam final papan anjal 3 meter lelaki Terbuka Malaysia di Pusat Akuatik Nasional di Bukit Jalil, hari ini.

Kepala Tze Liang terkena papan anjal ketika terjunan kedua, menyebabkan luka serta darah di kolam.

Tze Liang, 31, yang kelihatan sedar, segera ditarik keluar dari kolam.

Pasukan perubatan memberikan rawatan segera, dan beliau dibawa keluar dengan tandu serta balutan di kepalanya.

Ketika kejadian, Tze Liang sedang bersaing dengan rakan sepasukan negara, Syafiq Puteh serta penerjun dari Jepun, New Zealand, Indonesia, Taiwan, dan Singapura.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top