Anak kepada Allahyarhamah Nadia Kesuma dikenali sebagai Myra meluahkan rasa syukur jenazah ibunya telah selamat dimandikan dan disolatkan awal pagi tadi
Menerusi hantaran di Threads, Myra berkata lebih 500 jemaah di Jeddah mengikuti solat jenazah serta mendoakan buat ibunya.
BACA: “Dia Isteri Yang Taat, Penyayang, Ikhlas & Setia”

“Alhamdulillah, syukur pengakhiran mama sangat sempurna dan baik. Lebih 500 orang jemaah di tanah Jeddah yang solatkan dan mendoakan mama. Rakyat Malaysia pun ramai sangat yang mendoakan mama,” tulisnya.
Sementara itu, Myra turut mendoakan agar kebaikan ibunya di dunia mendapat balasan yang baik di akhirat serta berharap agar mereka sekeluarga akan bertemu di syurga kelak.
“Mama rehat di sana ya, InsyaAllah, dengan doa-doa orang ramai dan amal kebaikan mama di dunia, menjadi saham mama di akhirat, InsyaAllah. Alhamdulillah syukur sangat-sangat. InsyaAllah, kita berjumpa semula sekeluarga di syurga ya mama,” tulisnya.






