Pengendali kelab EPL terima padah aksi keterlaluan

Pengendali kelab EPL terima padah aksi keterlaluan


PENGENDALI Chelsea, Enzo Maresca, dikenakan penggantungan satu perlawanan dan denda £8,000 (RM48,000) selepas diarah keluar padang ketika kemenangan dramatik ke atas Liverpool dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) baru-baru ini.

Pengurus dari Itali itu menerima kad kuning kedua daripada pengadil Anthony Taylor selepas meninggalkan kawasan teknikal untuk meraikan jaringan kemenangan Estevao Willian pada minit ke-95 menentang juara bertahan di Stamford Bridge.

Persatuan Bolasepak England (FA) menjelaskan bahawa Maresca didakwa bertindak secara tidak wajar serta menggunakan kata-kata atau perlakuan yang dianggap menghina atau menyinggung pada penghujung perlawanan berkenaan.

FA turut mengesahkan Maresca mengakui kesalahan tersebut dan menerima hukuman standard tanpa rayuan.

Maresca sebelum itu sudah menerima amaran pertama atas kesalahan membantah keputusan pengadil, sekali gus membawa kepada pengusirannya selepas insiden meraikan gol dramatik tersebut.

Dengan penggantungan itu, bekas pengendali Leicester City berusia 45 tahun itu tidak akan berada di bangku simpanan ketika Chelsea bertandang ke City Ground menentang Nottingham Forest yang dikendalikan Ange Postecoglou hujung minggu ini.

Tugas di tepi padang dijangka digalas oleh penolong jurulatih, Willy Caballero, yang bakal mengetuai skuad The Blues buat sementara.

Ini merupakan penggantungan kedua Maresca sejak menyertai Liga Perdana pada Jun 2024.

Beliau pernah digantung sebelum ini pada April 2025, selepas menerima kad kuning ketiga musim tersebut ketika meraikan jaringan kemenangan Pedro Neto ke atas Fulham pada minit ke-93.

LIGA PERDANA INGGERIS 2025/26

Sabtu (18 Oktober)

Nottingham Forest lwn Chelsea

(Stdm City Ground, 7.30 malam)

Sunderland lwn Wolverhampton

(Stdm of Lights, 10 malam)

Burnley lwn Leeds United

(Stdm Turf Moor, 10 malam)

Crystal Palace lwn Bournemouth

(Stdm Selhurst Park, 10 malam)

Brighton lwn Newcastle United

(Stdm Komuniti Amex, 10 malam)

Manchester City lwn Everton

(Stdm Etihad, 10 malam)

Ahad (20 Oktober)

Fulham lwn Arsenal

(Stdm Craven Cottage, 12.30 malam)

Tottenham Hotspur lwn Aston Villa

(Stdm Tottenham Hotspur, 9 malam)

Liverpool lwn Manchester United

(Stdm Anfield, 11.30 malam)

Selasa (20 Oktober)

West Ham United lwn Brentford

(Stdm London, 3 pagi)

Ringkasan AI

  • Pengendali Chelsea, Enzo Maresca, dikenakan penggantungan satu perlawanan dan denda RM48,000
  • Maresca menerima kad kuning kedua dari pengadil Anthony Taylor kerana meninggalkan kawasan teknikal untuk meraikan gol
  • FA menyatakan Maresca bertindak tidak wajar dan menggunakan kata-kata menghina atau menyinggung
  • Maresca mengakui kesalahannya dan menerima hukuman standard tanpa rayuan
  • Ini merupakan penggantungan kedua Maresca sejak menyertai Liga Perdana pada Jun 2024



Source link

OR

Scroll to Top