Penggantungan Demiral berunsur politik – Erdogan

Penggantungan Demiral berunsur politik – Erdogan


Istanbul: Presiden Recep Tayyip Erdogan mengkritik penggantungan dua perlawanan Kesatuan Bolasepak Eropah (Uefa) terhadap pertahanan Turkiye, Merih Demiral, kerana melakukan simbol ultra-nasionalis sebagai tindakan yang ‘berunsur politik’ untuk mengaburi kejuaraan Euro 2024.

Erdogan membatalkan lawatannya ke Azerbaijan dan memilih untuk menyaksikan perlawanan separuh akhir di Berlin, yang dihadiri oleh puluhan ribu penyokong Turkiye, di Olympiastadion.

Belanda berjaya menewaskan Turkiye 2-1 untuk mara ke separuh akhir.

Demiral, yang mencetak dua gol menentang Austria, dikenakan penggantungan dua perlawanan selepas melakukan simbol kontroversi semasa meraikan jaringan, yang dikaitkan dengan kumpulan ekstremis sayap kanan Turkiye, ‘Grey Wolves’.

Erdogan menyatakan larangan Uefa terhadap Demiral menimbulkan bayangan serius ke atas kejuaraan itu.

“Keputusan ini tidak dapat diterangkan, ia adalah keputusan yang semata-mata berunsur politik,” tambah beliau.

Bagaimanapun, Erdogan menegaskan keputusan itu tidak mempengaruhi motivasi pasukan Turkiye.

“Walaupun terdapat kekurangan… kita menyaksikan perlawanan yang menarik,” kata Erdogan.

Jurulatih Turkiye, Vincenzo Montella, sebelum ini mengkritik penggantungan terhadap Demiral sebagai ‘tidak adil’.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top