KERAJAAN Malaysia giat melaksanakan inisiatif e-invois untuk memacu kebolehoperasian dan penyelarasan format e-invois bagi semua jenis perniagaan termasuk transaksi domestik mahupun antarabangsa.
Pelaksanaan e-invois akan bermula pada bulan Ogos ini melibatkan perniagaan yang mempunyai pendapatan atau jualan tahunan melebihi RM100 juta.
Kewajiban ini juga bakal diperluaskan kepada perniagaan yang pendapatan tahunannya antara RM25 juta dan RM100 juta menjelang Januari 2025.
Seterusnya, mulai Julai 2025, penggunaan e-invois akan menjadi mandatori buat semua peringkat pembayar cukai. Bagaimanapun, rakyat Malaysia disarankan untuk menyertainya secara sukarela.
Walaupun ramai menganggap e-invois hanya tentang penghantaran dan penerimaan invois dalam talian, ia sebenarnya penyelesaian terintegrasi dalam mewujudkan transaksi perniagaan yang lebih telus dan tepat.
Manfaat pelaksanaan e-invois
Bagi perniagaan kecil dan sederhana (PKS), e-invois dapat membantu meningkatkan kecekapan dengan menangani masalah aliran tunai akibat pembayaran lewat.
Hal ini dapat memastikan aliran tunai yang lebih lancar digunakan untuk menampung kos operasi, melabur atau mencegah sebarang masalah kewangan kelak.
Selain itu, pengisian data secara manual memakan masa yang lama malah terdedah kepada sebarang kesilapan ketika mengendalikannya menyebabkan ia sukar untuk dikesan.
E-invois juga dapat membantu Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) membuat pengesahan invois secara langsung, menghalang sebarang perubahan tanpa kebenaran dan memastikan laporan cukai lengkap dan tepat.
Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) turut menjadikan proses e-invois jauh lebih mudah menggunakan PEPPOL, satu siri piawaian global.
Cara ini dapat menyeragamkan pertukaran maklumat, membolehkan peniaga menghantar dan menerima dokumen serta membenarkan sebarang transaksi antarabangsa dengan rakan kongsi di Singapura, Australia dan New Zealand.
Inisiatif ini juga adalah sebahagian usaha menyumbang kepada kelestarian hutan serta alam sekitar.
Secara keseluruhan, e-invois dapat membantu pemilik PKS menguruskan kewangan mereka malah dapat meningkatkan kecekapan operasi perniagaan.
Langkah ke arah kejayaan
Dalam pada itu, LHDN turut menyarankan pemilik perniagaan untuk mengintegrasikan e-invois secara efektif ke dalam operasi harian seawal mungkin.
Penggunaan e-invois dapat memudahkan maklumat diakses menggunakan perisian perakaunan masing-masing pada bila-bila masa sekali gus dapat menjimatkan masa.
Sebagai contoh, banyak perniagaan di Malaysia menggunakan Xero, sebuah perisian perakaunan digital untuk menguruskan kewangan perniagaan mereka.
Xero juga bakal memperkenalkan ciri e-invois tidak lama lagi agar peniaga di Malaysia boleh mula menggunakannya.
Seperti sedia maklum, platform pasaran Dropee berjaya menjimatkan hingga 50 jam setiap minggu dalam tugas pentadbiran dengan menggunakan Xero untuk mengurus pesanan pembelian dan invois secara automatik.
Ini membolehkan pasukan mereka mengawal aliran tunai secara langsung, memadankan barangan serta membayar balik peruncit dengan lebih mudah dan cepat.
Bukan itu sahaja, GoGet, sebuah platform teknologi Malaysia yang mengendalikan ribuan transaksi setiap hari menggunakan Xero untuk memberi gambaran akaun serta kod transaksi secara tepat dan pantas.
Pemilik PKS tidak boleh mengabaikan kelebihan yang ditawarkan melalui penggunaan e-invois ini.
Amatlah digalakkan semua peniaga memanfaatkan inisiatif ini dengan mengguna pakai e-Invois agar dapat mendigitalkan operasi perniagaan sepenuhnya.
Untuk maklumat lanjut klik pautan ini.
© New Straits Times Press (M) Bhd