Penghantar makanan, guru tadika langgar motosikal polis elak ditahan berduaan dalam kereta

Penghantar makanan, guru tadika langgar motosikal polis elak ditahan berduaan dalam kereta


PETALING JAYA: Seorang penghantar makanan dan guru tadika ditahan hari ini dipercayai melanggar motosikal anggota polis yang membuat pemeriksaan semasa pasangan itu berdua-duaan di dalam kereta sekitar Jinjang, di sini.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, kejadian berlaku anggota polis daripada Balai Polis Jinjang sedang menjalankan rondaan cegah jenayah, kelmarin.

Katanya, ketika melalui tempat kejadian pada 11.45 malam, anggota ternampak sebuah Toyota Vellfire dalam keadaan enjin hidup.

“Anggota terbabit meletakkan motosikal di hadapan kereta berkenaan dan menyuluh ke arah kenderaan itu sambil mengeluarkan kad kuasa dan memperkenalkan diri sebagai polis.

Suspek yang berada di bahagian tempat duduk belakang dengan hanya berseluar dan tidak berbaju bergerak ke bahagian pemandu dan terus menekan minyak lalu merempuh motosikal anggota terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, suspek bertindak merempuh dan mengheret motosikal anggota terbabit sejauh kira-kira 300 meter untuk melarikan diri.

Jelas beliau, anggota polis terbabit sempat mengelak dan mengejar kenderaan berkenaan bersama beberapa anggota lain namun suspek berjaya melarikan di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

“Bertindak di atas maklumat kedua-dua suspek ditahan masing-masing ditahan di sekitar Batu Caves, Gombak dan Taman Melati, Setapak hari ini.

“Suspek lelaki direman tujuh hari bermula hari ini sehingga 29 Oktober manakala suspek wanita sehingga esok, kedua-dua disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan,” katanya.

Ahmad Sukarno berkata, setakat ini tidak dapat dipastikan apa yang dilakukan kedua-dua suspek ketika berdua-duaan di dalam kenderaan terbabit. – UTUSAN





Source link

OR

Scroll to Top