Pengikat rambut Haaland jadi fenomena, laris dijual

Pengikat rambut Haaland jadi fenomena, laris dijual

Pengikat rambut Haaland jadi fenomena, laris dijual


New York: Pengikat rambut ikonik yang dipakai Erling Haaland sepanjang kempen Piala Dunia habis dijual selepas permintaannya melonjak sepanjang kejohanan itu.

Penyerang Norway berkenaan menjadi antara figura paling popular di Amerika Syarikat hasil ketajamannya di depan gol selain personalitinya di luar padang.

Haaland meledak tujuh gol dalam lima perlawanan sekali gus muncul penjaring terbanyak Norway pada kejohanan itu, yang juga penampilan pertama negara berkenaan di Piala Dunia dalam tempoh 26 tahun.

Namun, aksi Haaland di luar padang turut mencuri perhatian dan tular di media sosial atas pelbagai sebab yang positif.

Antara yang menjadi perhatian ialah pembelian haiwan awetnya, terutama Wild Bill’s Whiskey Raccoon, yang dibeli sebelum berlepas pulang ke Norway.

Cho memasuki pasaran Eropah pada 2015 selepas menandatangani perjanjian lesen dengan syarikat Norway, Bon Dep.

Haaland pula adalah pemegang saham minoriti Bon Dep selepas melabur dalam syarikat itu pada April 2024.

Selepas penyerang Norway itu memakai pengikat rambut Kknekki sepanjang kempen Piala Dunia, jualan produk berkenaan melonjak sehingga mencatat rekod baharu.

Bagaimanapun, perjalanan Norway di Piala Dunia berakhir pada peringkat suku akhir selepas tewas 2-1 kepada England.

Sejak itu, Haaland dan teman wanitanya, Isabel Haugseng Johansen, dilihat menikmati percutian di Sicily, Itali.

Pasangan berkenaan baru-baru ini menghadiri acara anjuran Dolce & Gabbana di pulau itu, termasuk pertunjukan fesyen Alta Sartoria yang berlangsung di Taormina.

Aksesori berharga AS$750 (RM3,220) itu kini habis dijual, namun ia bukan satu-satunya produk yang menikmati lonjakan permintaan.

Pengikat rambut yang dipakai Haaland, dihasilkan syarikat dari Korea Selatan, Dooji Co., turut habis dijual.

Menurut pegawai jualan syarikat itu, pengikat rambut jenama Kknekki menerima sambutan luar biasa sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Jenama Kknekki dibangunkan Ketua Pegawai Eksekutif Dooji, Cho Hyun-tae, yang turut menghasilkan pengikat rambut khas untuk dipakai Haaland.

Penyerang Manchester City itu memilih pengikat rambut yang akan dipakainya mengikut warna jersi yang digunakan pada hari perlawanan.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top