Pengurangan kuota import beri peluang pemain tempatan menyerlah

Pengurangan kuota import beri peluang pemain tempatan menyerlah


KELAB-kelab Liga Super menyifatkan keputusan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengurangkan kuota pemain import atas padang sebagai satu peluang terbaik untuk pemain tempatan merebut tempat dalam kesebelasan utama sekali gus dapat menambah daya saing Liga Malaysia (Liga-M) 2025/26.

Malah, Ketua Pegawai Eksekutif Negeri Sembilan FC, Faliq Firdaus percaya keputusan itu adalah satu langkah strategik yang memberi keseimbangan antara mengekalkan daya saing liga dan membuka ruang yang lebih luas untuk pembangunan pemain tempatan.

Negeri Sembilan FC

Namun, beliau tidak mahu pemain tempatan yang diberi peluang hanya menjadi pelengkap kuota sebaliknya perlu menunjukkan kualiti sebenar di atas padang bagi memastikan peluang yang diberikan dengan pengurangan satu slot pemain import berbaloi.

“Dengan enam pemain import dibenarkan di atas padang, cabaran utama adalah memastikan pemain tempatan tidak hanya menjadi pelengkap kuota. Mereka perlu bersaing secara merit dan berada dalam persekitaran teknikal yang mendidik dan mencabar.

“Jika tidak disertai dengan pelaburan serius dalam pembangunan pemain tempatan, maka pengurangan satu slot import tidak akan membawa impak besar.

Katanya, Negeri Sembilan FC komited untuk beri kepercayaan kepada pemain tempatan yang menunjukkan mentaliti kompetitif.

“Kami tidak mahu mereka berada dalam kesebelasan utama hanya kerana ada ruang, tetapi kerana mereka layak. Keseimbangan sebenar bermula apabila pemain tempatan mampu mengambil tempat pemain import, bukan sekadar diberi tempat.

“Tapi apa pun, kami menyambut baik pindaan ini yang dapat memberi peluang kepada pemain-pemain tempatan untuk menimba lebih banyak minit permainan serta pengalaman beraksi di peringkat tertinggi,” katanya.

“Bahkan, pihak MFL juga dilihat peka terhadap perkembangan liga serantau yang banyak melakukan perubahan dari segi kuota pemain import dan faham akan keputusan yang diambil ialah bagi memastikan Liga Super lebih berdaya saing berbanding liga-liga lain di serantau Asia,” katanya.

MFL sebelum itu, mengumumkan pindaan Liga Malaysia (Liga-M) 2025/26 yang menyaksikan kuota pemain asing di atas padang dikurangkan kepada enam pemain berbanding tujuh pemain seperti yang dimaklumkan sebelum ini.

Berdasarkan pindaan terbaharu itu, kuota pemain import di atas padang adalah seramai 6+3 (simpanan) dengan komposisi 4 Terbuka+1 Asia+1 ASEAN berbanding sebelum ini 7+2 (simpanan) dengan komposisi 4 Terbuka+1 Asia+2 ASEAN.

Terengganu FC

Terengganu FC

Sementara itu, Pengurus Terengganu FC, Shahrizan Mohd Zain yang melihat keputusan berkenaan seiring dengan perancangan kelab untuk mengetengahkan pemain tempatan termasuk pemain muda.

“Sudah tentu apabila pemain import dikurangkan, bonus untuk pemain-pemain tempatan rebut peluang berada dalam kesebelasan utama. Perancangan kami sememangnya berjalan lancar untuk memastikan keseimbangan antara import dan tempatan selepas ini.

“Setakat ini, kami dah umumkan 4 pemain import baharu iaitu Junior Ngong Sam (Cameroon), Yan Mabella (Perancis), Gabriel Costa (Brazil) dan Raianderson da Costa Morais (Brazil) termasuklah mengekalkan Nurillo Tukhtasinov (Uzbekistan), dan nanti akan ada lagi seorang, jadi jumlah setakat ini enam sahaja import untuk kami,” katanya.



Source link

OR

Scroll to Top