September 8, 2024

Pengurusan KLFA perlu adil, selesai isu tunggakan gaji – Fahmi

Pengurusan KLFA perlu adil, selesai isu tunggakan gaji – Fahmi


[DIKEMAS KINI] PENAUNG Kelab Kuala Lumpur City (KL City), Fahmi Fadzil meminta pihak pengurusan Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) bersikap adil kepada pemain dalam menyelesaikan masalah tunggakan gaji.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, beliau telah cuba membantu dan menyampaikan pandangannya kepada Setiausaha Agung KLFA Nokman Mustaffa namun terdapat beberapa perkara asas masih belum diselesaikan.

“Pengurusan mesti bersih. Saya bukan sebahagian daripada majlis eksekutif, saya hanya penaung dan saya hanya membantu tetapi sukar untuk dibantu kalau banyak perkara asas KLFA belum dilaksanakan,” katanya kepada pemberita selepas program sumbangan topi keledar percuma kepada 150 murid Sekolah Kebangsaan Bangsar, di sini pada Rabu.

Beliau turut meminta pengurusan KLFA untuk melaksanakan pemilihan dalam Mesyuarat Agung Tahunan KLFA pada masa akan datang bagi menyelesaikan isu yang terpalit berkaitan kelab bola sepak itu.

“Saya cuba bantu dan saya simpati terhadap pemain KL City. Saya telah berjumpa dengan pemain-pemain (KL City) di dalam bilik persalinan untuk membantu mereka, pada saat-saat mereka hampir relegated dan tidak dibenarkan ambil pemain import,” katanya.

Sebelum ini, kem KL City menjadi topik hangat peminat sukan apabila kapten pasukan City Boys Paulo Josue mendedahkan beliau tidak menerima gaji hampir tujuh bulan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!



Source link

OR

Scroll to Top