Pengurusan nafi Alya Iman punca pasangan artis bercerai – “Tak benar, fitnah..”

Pengurusan nafi Alya Iman punca pasangan artis bercerai – “Tak benar, fitnah..”

Pengurusan nafi Alya Iman punca pasangan artis bercerai – “Tak benar, fitnah..”


Pengurusan Alya Iman, Stars Powerhouse Entertainment menafikan dakwaan yang mengaitkan pelakon sebagai punca keretakan rumah tangga pasangan artis yang tular di media sosial baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan, syarikat pengurusan itu memandang serius penyebaran kenyataan palsu berkenaan yang disifatkan sebagai tidak benar serta berunsur fitnah.

Menurut mereka, tuduhan yang dilemparkan bukan sahaja tidak berasas malah boleh menjejaskan reputasi Alya yang juga anak pelakon veteran, Allahyarham Azmil Mustapha sebagai seorang artis.

“Stars Powerhouse Entertainment memandang serius penyebaran kenyataan palsu yang mengaitkan artis kami, Alya Iman, dengan isu perceraian pasangan artis yang tular baru-baru ini.
“Tuduhan ini adalah tidak benar, berunsur fitnah dan menjejaskan reputasi,” kata Stars Powerhouse Entertainment dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, pihak pengurusan menegaskan mereka tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam penyebaran dakwaan tersebut.

“Kami tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang terlibat.
“Hentikan penyebaran serta-merta dan turunkan semua kandungan berkaitan di semua platform,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, Alya dilaporkan pernah membuat laporan polis berhubung fitnah di media sosial yang mengaitkan dirinya sebagai punca keretakan rumah tangga pasangan selebriti terbabit.

Sumber: Instagram Stars Powerhouse Entertainment





Source link

OR

Scroll to Top