Penangan ‘Jamilah’, kemunculan pelakon Que Haidar di konsert program realiti Gegar Vaganza musim ke-12 semalam mendapat perhatian ramai.
Rata-rata netizen terhibur dengan gelagat pelakon itu, namun ada yang kurang senang dengan pemakaiannya yang mendedahkan bahagian dada.
BACA: Que Haidar ‘Cut’ Gula, Garam, Nasi & Minyak

Dalam satu hantaran di Threads, netizen menegur tindakan Que itu didakwa tidak menghormati majlis kerana rancangan tersebut mempunyai etika pemakaian.
Netizen itu turut mempersoalkan tindakan Que yang membutang baju kemejanya sampai ke atas serta beranggapan ianya kurang sesuai kerana rancangan itu tontonan keluarga.
Difahamkan, ketua juri iaitu Datuk Ramli MS menegur secara spontan dan Que dilihat menutup bahagian dadanya yang terdedah, namun netizen mendakwa ianya dibuka kembali selepas Nabil meminta untuk berbuat demikian.

Sumber: mStar Online






