Penumpang, kru pesawat Azerbaijan Airlines kongsi detik terhempas

Penumpang, kru pesawat Azerbaijan Airlines kongsi detik terhempas


Baku: Dua penumpang dan seorang kru pesawat Azerbaijan Airlines yang terhempas di Kazakhstan memaklumkan mendengar sekurang-kurangnya satu dentuman kuat ketika pesawat itu menghampiri destinasi asalnya di Grozny, selatan Rusia.

Pesawat J2-8243 ittu terhempas pada Rabu dan terbakar berhampiran bandar Aktau di Kazakhstan selepas mengubah haluan dari selatan Rusia di mana Moscow kerap menggunakan sistem pertahanan udara untuk menangani serangan dron Ukraine.

Sekurang-kurangnya 38 orang terbunuh, manakala 29 terselamat dalam tragedi itu.

“Selepas dentuman itu, saya fikir pesawat akan hancur,” kata Subhonkul Rakhimov, salah seorang penumpang kepada Reuters ketika ditemui di hospital.

Katanya, ketika itu juga dia sudah mula membaca doa dan bersedia menghadapi ajal selepas mendengar bunyi letupan.

“Jelas sekali pesawat itu mengalami kerosakan. Ia seolah-olah ‘mabuk’, bukan pesawat yang sama lagi,” katanya.

Seorang lagi penumpang memberitahu Reuters bahawa dia juga mendengar bunyi dentuman kuat.

“Saya sangat takut,” kata Vafa Shabanova yang menambah sempat mendengar bunyi dentuman kedua.

Dia kemudian diminta oleh seorang pramugara untuk berpindah ke bahagian belakang pesawat.

Kedua-dua penumpang itu turut memaklumkan terdapat masalah paras oksigen di dalam kabin selepas letupan terbabit.

Pramugara, Zulfugar Asadov pula berkata, pendaratan di Grozny ditolak kerana kabus, menyebabkan juruterbang mengelilingi kawasan yang ketika itu berlaku dentuman di luar pesawat.

“Juruterbang baru sahaja menaikkan pesawat apabila saya mendengar bunyi dari sayap kiri. Terdapat tiga dentuman,” katanya.

Seperti sesuatu menghentam sayap kirinya dan kabin kehilangan tekanan.

Azerbaijan Airlines menggantung beberapa penerbangan ke bandar-bandar di Rusia pada Jumaat dan berkata, mereka menganggap nahas itu disebabkan ‘campur tangan fizikal dan teknikal luaran’. Bagaimanapun syarikat itu tidak memberikan butiran lanjut.

Lubang pada bangkai pesawat Azerbaijan Airlines cetus spekulasi serangan

Kremlin tolak dakwaan pertahanan udara Rusia tembak jatuh pesawat Azerbaijan Airlines

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top