Penuntut universiti di Cyberjaya maut disyaki dibunuh

Penuntut universiti di Cyberjaya maut disyaki dibunuh


Kuala Lumpur: Seorang wanita yang juga penuntut sebuah universiti swasta di Cyberjaya, ditemui mati dipercayai dibunuh dalam bilik asramanya pagi semalam.

Wanita berusia 20 tahun berasal dari Kuching, Sarawak itu ditemui dengan kesan kecederaan pada anggota badan oleh rakannya kira-kira jam 10 pagi semalam.

Rakan mangsa kemudian menghubungi polis bagi memaklumkan kejadian itu.

Sumber berkata, mangsa yang juga penuntut jurusan Ijazah Sarjana Muda Fisioterapi sebuah universiti di Cyberjaya, tinggal di bilik berkenaan bersama lima rakannya.

“Bagaimanapun, lima rakan mangsa sudah pulang bercuti sejak 21 Jun lalu manakala mangsa tinggal bersendirian kerana dijadualkan menghadapi peperiksaan.

“Setakat ini, beberapa barang berharga milik mangsa termasuk komputer ribanya dipercayai hilang,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Berdasarkan beberapa rakaman video yang tular, sepasukan anggota polis dilihat membawa mayat mangsa keluar dari kediamannya sebelum dibawa ke hospital untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, Polis Daerah Sepang ketika dihubungi memaklumkan akan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top