Penuntut universiti hilang hampir seminggu

Penuntut universiti hilang hampir seminggu


harisfadli@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Penuntut universiti swasta dilaporkan hilang sejak kali terakhir dilihat pada 9 Julai lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Ridzuan Khalid berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan Sithu Hpone Maw pada 9.05 malam semalam.

“Laporan orang hilang (OH) dibuat pihak pengurusan universiti swasta terbabit yang kali terakhir dilihat pada 9 Julai lalu.

“Pemuda lelaki berusia 20 tahun berkenaan menyewa di sebuah kondominium di Taman Connaught, Cheras, di sini,” katanya dalam kenyataan hari.

Menurutnya, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesan OH terbabit.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top