Penyertaan sukarelawan wanita dalam SUKMA Selangor 2026 menggalakkan

Penyertaan sukarelawan wanita dalam SUKMA Selangor 2026 menggalakkan


am@hmetro.com.my

Shah Alam : Penyertaan sukarelawan dalam Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 amat menggalakkan apabila hampir 1,000 orang dengan kaum wanita mendahului meskipun pendaftaran baru dibuka baru-baru ini.

Exco Belia dan Sukan negeri, Mohd Najwan Halimi berkata, sehingga kini seramai 812 sukarelawan sudah berdaftar untuk menjadi sukarelawan temasya sukan itu yang membabitkan 476 dalam kalangan kaum wanita dan 336 lelaki.

“Buat masa ini, Sekretariat SUKMA 2026 membuka penyertaan khusus kepada anak muda di Selangor termasuk pelajar sekolah menengah, institusi pengajian tinggi (IPT) serta orang awam yang berminat.

“Peranan wanita akan diberi peluang melantik jawatan utama seperti Pengurus Pertandingan, Ketua Delegat Teknikal, Timbalan Ketua Delegat Teknikal dan Pegawai Teknikal Kanan dalam penganjuran Temasya Selangor 2026.

“la juga mengambil saranan daripada Menteri Belia dan Sukan kepada ketetapan yang dibuat melalui Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukan bersetuju pembabitan sekurang-kurangnya 20 peratus pegawai teknikal adalah wanita dan sekurang-kurangnya 30 peratus dari sukarelawan dilantik terdiri dari sukarelawan wanita,” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Pua Pei Ling (PH-Bukit Lanjan) berhubung penyertaan sukarelawan bagi penganjuran SUKMA Selangor 2026 pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di Wisma DUN Selangor, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Mohd Najwan berkata, beberapa langkah ataupun inisiatif yang diambil oleh Sekretariat SUKMA Selangor 2026 bagi mengenal pasti calon wanita yang berpotensi dan berpengalaman untuk dilatih sebagai pegawai teknikal.

“Ini termasuklah menjalankan kerjasama dengan Kementerian Belia & Sukan Malaysia (KBS), Majlis Sukan Negara Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, 12 PBT di sembilan daerah, Institusi Pengajian Tinggi (Awam /Swasta), Selangor Volunteer (SERVE) dan Selangor Youth Community (SAY) dan Persatuan-Persatuan Sultan Negeri.

“Kempen promosi penyertaan wanita akan digerakkan melalui media sosial Selangor 2026. Program yang disertai Sekretariat Selangor 2026 untuk mempromosikan Selangor 2026 termasuk pra-pendaftaran sukarelawan adalah Konvensyen Belia Selangor dan Selangor 2025 dan ASEAN Sports Industry Exco 2025,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top