Penyingkiran memalukan – Maresca

Penyingkiran memalukan – Maresca


Reaksi pertahanan Chelsea, Marc Cucurella selepas pasukannya tewas kepada Brighton. FOTO: AFP

PENGENDALI Chelsea, Enzo Maresca mengakui kekalahan pasukannya 1-2 kepada Brighton dalam saingan pusingan keempat Piala FA sekali gus tersingkir daripada pertandingan tersebut sebagai sesuatu yang amat memalukan.

Menurutnya, Piala FA sememangnya pertandingan yang sukar selain menegaskan pasukan itu akan memberikan tumpuan kepada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Liga Persidangan UEFA selepas kegagalan itu.

“Ia pasti sesuatu yang memalukan. Tidak syak lagi ia adalah pertandingan yang sukar. Yang pasti, ia amat memalukan bagi kami.

“Tetapi, jika ada sesuatu yang positif, kami boleh fokus kepada Liga Perdana Inggeris dan Liga Persidangan. Semoga kami dapat meneruskan perjalanan kami di sana,” katanya.

Dalam perlawanan itu, Chelsea terlebih dahulu berada di hadapan menerusi gol sendiri Bart Vebruggen pada minit kelima sebelum Brighton bangkit menerusi dua gol menerusi Georginio Rutter pada minit ke-12 dan Kaoru Mitoma pada minit ke-57.

Maresca turut percaya pasukannya perlu belajar sesuatu daripada kekalahan tersebut agar ia tidak akan berulang pada masa akan datang.

“Bagi saya, sudah pasti, kami perlu belajar bagaimana untuk memenangi perlawanan 1-0. Cara yang sama, perlawanan terakhir menentang West Ham, kami tewas 1-0 dan kemudian kami menang 2-1.

“Dari segi pasukan, kami perlu belajar bagaimana untuk menang 1-0. Kelab besar melakukannya,” katanya.



Source link

OR

Scroll to Top