Penyokong Fulham label Manchester United tiada perasaan

Penyokong Fulham label Manchester United tiada perasaan


PENYOKONG Fulham mengecam tindakan Manchester United menaikkan harga tiket untuk penyokong pasukan lawan bagi aksi pusingan kelima Piala FA di Old Trafford pada 3 Mac depan.

The Cottagers kendalian Marco Silva yang memburu slot suku akhir akan berdepan The Red Devils bimbingan Ruben Amorim yang berada dalam prestasi turun naik ketika ini.

Peminat perlu membayar antara 51 pound (RM285) hingga 61 pound (RM341), jauh lebih tinggi daripada had harga 30 pound (RM167) untuk perlawanan Liga Perdana Inggeris di tempat lawan.

Malah, Fulham Supporters Trust menyifatkan keputusan tersebut sebagai tidak berperasaan, terutama perlawanan disiarkan di televisyen yang menyumbang pendapatan tambahan kepada kedua-dua kelab.

“Kami berharap United akan mempertimbangkan semula keputusan ini yang membebankan penyokong setia. Walaupun perlawanan tersebut disiarkan di televisyen, menghasilkan pendapatan untuk kedua-dua kelab, namun nampaknya penyokong setia tidak dipedulikan pihak pengurusan bola sepak moden

“Malah, Manchester United tanpa perasaan telah menetapkan harga yang jauh melebihi had tiket Liga Perdana Inggeris.

“Memandangkan keputusan ini diambil sepenuhnya eksekutif di Manchester United, bukan Fulham FC, kami berharap mereka boleh mempertimbangkan kesan ke atas penyokong kami yang sentiasa menyokong kelab tanpa mengira jarak,” kata kelab penyokong The Cottagers.

Keputusan ini juga muncul ketika pemilik kelab, Sir Jim Ratcliffe, meneruskan langkah penjimatan kos termasuk pemotongan peranan Sir Alex Ferguson sebagai duta kelab.

Bantahan serupa terhadap harga tiket juga dibuat penyokong Leicester City dalam pusingan Piala FA sebelumnya.

JADUAL PIALA FA

PUSINGAN KELIMA

SABTU (1 MAC)

Aston Villa lwn Cardiff City, 4 pagi

Crystal Palace lwn Millwall, 8.15 malam

Preston North End lwn Burnley, 8.15 malam

Bournemouth lwn Wolves, 11 malam

AHAD (2 MAC)

Manchester City lwn Plymouth Argyle, 1.45 pagi

Newcastle United lwn Brighton, 9.45 malam

ISNIN (3 MAC)

Manchester United lwn Fulham, 12.30 malam

SELASA (4 MAC)

Nottingham Forest lwn Ipswich Town, 3.30 pagi



Source link

OR

Scroll to Top