Penyokong harap MU menang, bawa pulang piala

Penyokong harap MU menang, bawa pulang piala


PENYOKONG setia Manchester United mengharapkan perlawanan yang menghiburkan dan aksi menarik dapat dipamerkan The Red Devils dan ASEAN All-Stars dalam aksi Piala Cabaran di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.

Salah seorang penyokong United, Zafri Hilmi Abd Kadim, 31 berkata, dia mahu United menang walaupun hanya sekadar piala aksi pramusim, tetap menjadi ole-ole bermakna kedatangan United ke Malaysia.

“Menang atau kalah United tetap akan kena ‘bahan’. Kalau menang, akan dibahan itu saja trofi dapat menang.

“Kalau kalah pula ada orang kata dengan ASEAN All Stars pun tak boleh menang.

“Jadi, saya 50-50, tapi harapkan MU menang. Sebab apa, kita dah rugi banyak musim ini seperti kalah Liga Europa.

“Harap malam ini berbaloi untuk semua penyokong dan dalam masa sama pemain United yang datang pun akan gembira, ada sesuatu untuk dibawa pulang,” katanya yang sanggup mengambil cuti dan datang dari Kedah ke Stadium Nasional untuk menonton aksi United.

United menghadapi musim suram apabila berada di kedudukan ke-15 Liga Perdana Inggeris dan gagal memenangi sebarang piala musim ini.

Dalam pada itu, dia juga mengharapkan ada sinar baharu untuk United musim depan dan kebangkitan dapat dilakar pasukan gergasi EPL itu.

“Saya harap ada pembelian yang berbaloi dapat dibuat United terutama di bahagian serangan untuk memastikan jentera depan lebih tajam.

“Sistem Ruben Amorim (jurulatih United) juga dijangka masih akan kekal dan saya percaya ada penambahbaikkan yang boleh dibuat United musim depan untuk memastikan sistem itu sesuai dengan pasukan,” katanya.



Source link

OR

Scroll to Top