Penyokong kecam sikap tamak Salah

Penyokong kecam sikap tamak Salah


Salah enggan melakukan hantaran kepada Wirtz yang menyaksikan percubaannya diselamatkan penjaga gol Eintracht Frankfurt dalam aksi Liga Juara-Juara pada awal pagi Khamis. Foto Agensi

LIVERPOOL mencatat kemenangan 5-1 ke atas Eintracht Frankfurt dalam aksi Liga Juara-Juara di Jerman awal pagi Khamis, tetapi tumpuan peminat lebih tertumpu kepada Mohamed Salah yang didakwa bersikap mementingkan diri selepas menolak peluang memberi gol pertama kepada Florian Wirtz.

Dalam perlawanan itu, Salah hanya dimasukkan pada minit ke-74 ketika Liverpool sudah mendahului 5-1.

Menjelang penghujung perlawanan, Salah berpeluang memberikan hantaran mudah kepada Wirtz, yang baru berpindah dari Bayer Leverkusen dengan nilai RM630 juta.

Namun, bintang Mesir itu memilih untuk bertindak melepaskan rembatan yang diselamatkan penjaga gol Michael Zetterer, sekali gus menimbulkan kemarahan peminat di media sosial.

Beberapa peminat menyifatkan tindakan itu sebagai tamak dan tidak membantu rakan sepasukan yang kini sedang bergelut untuk menyesuaikan diri di Anfield.

Seorang penyokong menulis: “Itu sepatutnya gol pertama Wirtz jika Salah tidak egois. Pilihan yang sangat buruk kerana Wirtz sangat perlukan gol.”

Seorang lagi berkata: “Salah boleh sahaja mencatat dua bantuan jaringa malam ini jika tidak tamak mahu gol sendiri. Tidak sepatutnya begitu.”

Malah, ada yang mencadangkan pengendali The Red, Arne Slot tidak menurunkan Salah dalam perlawanan akan datang menentang Brentford.

Musim lalu, Salah mencipta prestasi cemerlang dengan 34 gol dan 23 assist dalam 52 perlawanan, selain dinobatkan sebagai Pemain Terbaik PFA selepas membantu Liverpool menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL).

Namun, musim ini prestasinya sedikit hambar dengan hanya tiga gol dan tiga bantuan jaringan dalam 12 perlawanan.

Situasi itu mencetuskan perdebatan sama ada tempat automatik Salah dalam kesebelasan utama perlu dikaji semula oleh pengurus, terutama ketika Liverpool memerlukan keseimbangan antara pemain berpengalaman dan peluang untuk rakan sepasukan berkembang.

Ringkasan AI

  • LIVERPOOL mencatat kemenangan 5-1 ke atas Eintracht Frankfurt dalam aksi Liga Juara-Juara
  • Mohamed Salah didakwa bersikap mementingkan diri selepas tidak memberi peluang gol kepada Florian Wirtz
  • Salah memilih untuk menyerang daripada memberikan hantaran kepada Wirtz yang berharga RM630 juta dari Bayer Leverkusen
  • Tindakan Salah menimbulkan kemarahan peminat di media sosial yang menyifatkannya sebagai tamak
  • Prestasi Salah musim ini hambar dengan hanya tiga gol dan tiga bantuan dari 12 perlawanan



Source link

OR

Scroll to Top