Penyokong Selangor mengamuk, Faisal Halim tenangkan keadaan

Penyokong Selangor mengamuk, Faisal Halim tenangkan keadaan


Faisal berinteraksi dengan penyokong UltraSel selepas pasukannya tewas dalam perlawanan AFC Champions League Two menentang Persib Bandung di Stadium MBPJ pada Khamis. Foto Bernama

PENYOKONG Selangor FC (SFC) mengamuk selepas skuad Gergasi Merah kecundang 3-2 kepada Persib Bandung dalam aksi Liga Juara-Juara Asia II (ACL II) di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Kejadian bermula selepas tamat perlawanan apabila ada segelintir penyokong Selangor yang masuk ke dalam padang untuk meluahkan rasa kecewa mereka, namun sempat dihalang oleh pasukan keselamatan.

Selepas itu, kumpulan penyokong Selangor berkumpul di hadapan pintu utama stadium sebagai tanda protes selain mereka mendesak untuk berjumpa dengan pengurusan pasukan.

Situasi itu menyebabkan kapten Selangor, Faisal Halim berjumpa dengan penyokong di luar stadium untuk menenangkan keadaan.

Dalam perlawanan itu, Selangor terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada aksi ACL II selepas tewas kali keempat berturut-turut dalam perlawanan peringkat Kumpulan G tersebut.

Skuad kendalian Christophe Gamel itu kekal di tangga tercorot kumpulan tanpa sebarang mata selepas sebelum ini turut tewas kepada lawan yang sama, Bangkok United dan wakil Singapura, Lion City Sailors.

Ringkasan AI

  • Penyokong Selangor FC mengamuk selepas kalah kepada Persib Bandung dalam Liga Juara-Juara Asia II
  • Kejadian bermula dengan penyokong memasuki padang selepas tamat perlawanan
  • Penyokong berkumpul di pintu utama stadium sebagai tanda protes
  • Kapten Selangor, Faisal Halim, berjumpa penyokong untuk menenangkan keadaan
  • Selangor terkeluar dari ACL II setelah kalah empat kali berturut-turut dalam Kumpulan G



Source link

OR

Scroll to Top