Peranti Garmin Bantu Pantau Kesihatan dan Pemulihan

Peranti Garmin Bantu Pantau Kesihatan dan Pemulihan


saufi@mediaprima.com.my

Syarikat pengeluar perkakas pintar terkemuka, Garmin, memperkenalkan siri peranti boleh pakai dengan pelbagai fungsi pemantauan kesihatan.

Pengguna hari ini lebih cenderung untuk memilih peranti yang dilengkapi dengan penjejakan kesihatan untuk memudahkan jika berlaku sebarang kecemasan.

Melalui empat metrik utama, Garmin membantu pengguna memahami keadaan tubuh secara lebih mendalam.

1. Pemantauan Kualiti Tidur untuk Pemulihan Lebih Baik

Tidur yang berkualiti amat penting bagi proses pemulihan, khususnya bagi mereka yang mengalami keletihan atau imuniti rendah.

Ciri ‘Penjejakan Tidur Dilanjutkan’ Garmin membolehkan pengguna menilai corak tidur termasuk peringkat tidur ringan, tidur nyenyak dan REM bagi mengenal pasti aspek yang perlu diperbaiki.

Melalui data ini, pengguna boleh memahami sama ada tidur mereka benar-benar bersifat restoratif yang penting untuk kesihatan imun tubuh.

2. Jejak Langkah Harian Dorong Aktiviti Ringan

Aktiviti ringan seperti berjalan juga memberi impak positif kepada kesihatan fizikal dan mental apabila dilakukan secara selamat.

Menurut kajian, peningkatan 1,000 langkah sehari mampu mengurangkan risiko dimasukkan ke hospital.

Fungsi GPS dan ‘Move IQ’ Garmin membantu pengguna menetapkan matlamat pergerakan yang realistik tanpa berlebihan.

Selain itu, ciri keselamatan seperti ‘Jejak Insiden’, ‘LiveTrack’ dan ‘Bantuan Kecemasan’ memberi jaminan keselamatan kepada pengguna dan keluarga ketika bersenam.

3. Pantau Tahap Oksigen untuk Kesedaran Lebih Baik

Ciri ‘Pulse Ox2 sensor’, Garmin membolehkan pengguna memantau tahap oksigen dalam darah (SpO₂), yang boleh terjejas akibat ubat-ubatan atau rawatan tertentu.

Walaupun bukan alat diagnostik, data ini memberikan panduan tambahan terhadap tindak balas tubuh terhadap aktiviti fizikal dan rawatan.

4. Variasi Denyutan Jantung (HRV) untuk Fahami Tahap Pemulihan

Metrik HRV pula mengukur perbezaan masa antara setiap degupan jantung bagi menilai tahap stres, keletihan dan pemulihan tubuh.

Selepas tiga minggu penggunaan berterusan, Garmin dapat menetapkan ‘baseline HRV’ individu, sekali gus membantu pengguna memahami tenaga dan tahap rehat yang diperlukan.

Walaupun bukan peranti perubatan, teknologi Garmin menawarkan pandangan berguna untuk membantu pengguna kekal peka terhadap kesihatan dan mengambil langkah proaktif dalam penjagaan diri.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top