September 8, 2024

Percubaan bunuh Trump: Pengarah Perkhidmatan Rahsia AS letak jawatan

Percubaan bunuh Trump: Pengarah Perkhidmatan Rahsia AS letak jawatan


Washington: Pengarah Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat (AS) Kimberly Cheatle meletakkan jawatan susulan desakan meluas berhubung cubaan membunuh calon Republikan, Donald Trump, lapor NBC News pada Selasa, memetik tiga sumber, menurut Sputnik.

Cheatle dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai peletakan jawatannya, menurut laporan itu yang memetik dua sumber penguat kuasa undang-undang.

Peletakan jawatan beliau dibuat selepas beliau disoal siasat oleh penggubal undang-undang Dewan Perwakilan AS pada Isnin mengenai kegagalan agensi itu untuk menjamin keselamatan perhimpunan Trump pada 13 Julai di Butler, Pennsylvania.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top