Perempuan Hanya Kemas Rumah & K*ngkang? Mekyun Bidas Kenyataan DMA Islam – “Lelaki Macam Ni Punca Wanita Hilang Respect”

Perempuan Hanya Kemas Rumah & K*ngkang? Mekyun Bidas Kenyataan DMA Islam – “Lelaki Macam Ni Punca Wanita Hilang Respect”


Pempengaruh media sosial, Mekyun, tampil membidas kenyataan tular yang dibuat seorang pempengaruh dikenali sebagai DMA Islam yang menyatakan, tugas wanita hanyalah mengemas rumah dan ‘mengangkang’ sahaja.

Menolak keras pandangan tersebut, Mekyun atau nama lengkapnya, Wee Yu Nee berkata, tindakan itu sebagai mentaliti lapuk dan merendahkan martabat wanita.

“Perempuan tugasnya kemas rumah dan kangkang je? Wujud lagi ya lelaki macam ni?” soalnya.

Tegas Mekyun, pemikiran cetek yang dimiliki golongan lelaki seperti kenyatan tular tersebut adalah punca mengapa ramai wanita hari ini hilang rasa hormat terhadap lelaki apatah lagi yang hanya melihat wanita sebagai pelengkap tugas domestik sahaja.

Jelasnya, golongan wanita kini lebih cakna dan lebih memilih untuk hidup berdikari daripada tersekat dalam mentaliti golongan lelaki sedemikian.

“Lelaki dengan mentaliti macam ni lah punca ramai perempuan hilang respect dekat lelaki. Ingat ya, Perempuan bukan pengemas rumah dan kerja kangkang je. Perempuan bukan objek. Perempuan bukan hamba.

“Lelaki yang fikir macam tu bukan alpha, bukan pemimpin. Itu definisi lelaki yang insecure dan takut wanita lebih hebat dari ego dia sendiri

“Stop normalize mindset dan idea yang merendahkan kaum wanita. And please… Kami perempuan hari ni langsung tak perlukan lelaki yang stuck dalam mentaliti low dan lapuk macam tu,” tegasnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan artis dan pengikutnya menyokong kenyataan yang dibuat Mekyun.



Source link

OR

Scroll to Top