Perempuan Tidak Ternikah Naskhah Sarat Emosi, Tampil Gandingan Mantap Siti Elizad & Yusuf Bahrin

Perempuan Tidak Ternikah Naskhah Sarat Emosi, Tampil Gandingan Mantap Siti Elizad & Yusuf Bahrin

Perempuan Tidak Ternikah Naskhah Sarat Emosi, Tampil Gandingan Mantap Siti Elizad & Yusuf Bahrin


Apabila cinta diragut dan keluarga berpaling, seorang wanita kehilangan segalanya dalam sekelip mata.

Itulah konflik utama yang diangkat menerusi drama terbaharu TV3 berjudul, Perempuan Tidak Ternikah yang bakal menemui penonton mulai 17 Disember ini.

Drama sarat emosi mengisahkan Keisya (Elizad Sharifuddin), seorang gadis yang dibesarkan oleh neneknya selepas ibu bapanya berpisah. Manakala, tunangnya, Adli (Ali Reza), menjadi satu-satunya tempat Keisya bergantung harap apabila ayah kandungnya, Malik (Kaza), cuba mengambil kesempatan ke atas dirinya.

Namun, kehidupan Keisya terus diuji apabila terbongkar rahsia silam yang dia sebenarnya adalah anak luar nikah.

Lebih menyayat hati, Malik sanggup menuntut wang sebagai syarat untuk menandatangani surat pengakuan pernikahan.

Demi cinta, Keisya dan Adli nekad bernikah di Siam. Namun kebahagiaan itu hanya seketika. Neneknya meninggal dunia akibat serangan jantung, manakala Adli pula maut dalam kemalangan jalan raya.

Kehilangan dua insan tersayang membuatkan Keisya jatuh ke lembah kemurungan, lebih perit apabila keluarga Adli menolak dirinya bersama zuriat yang dikandungnya. Dalam keadaan hampir berputus asa, Keisya diselamatkan oleh Rayyan (Yusuf Bahrin), seorang lelaki yang membantunya bangkit dan memulakan hidup baharu di rumah kebajikan.

Mampukah seorang bakal ibu bangkit apabila segalanya dirampas daripadanya? Bolehkah hati yang terluka kembali percaya pada kebahagiaan?

Walaupun benih cinta mula berputik, trauma masa lalu membuatkan Keisya menepis perasaan itu dan memilih untuk melarikan diri.

Bukan sekadar dramam cinta tetapi…

Perempuan Tidak Ternikah bukan sekadar drama tentang cinta yang tidak kesampaian, tetapi kisah tentang maruah seorang wanita dan trauma yang diwarisi.

Ia mengangkat realiti kehidupan yang sering berlaku dalam masyarakat apabila wanita menjadi mangsa keadaan, penganiayaan dan keputusan orang lain.

Sekadar info, drama hebat ini akan bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat, pada jam 7 malam di slot Akasia TV3.

Menampilkan lakonan mantap Elizad Sharifuddin sebagai watak utama, drama ini turut dibarisi pelakon hebat seperti Yusuf Bahrin, Shahz Jaszle, Ali Reza, Raden Zaharatul, Kaza, Sharifah Shahora dan Gabriel Chung.

Penonton juga boleh strim episod baharu 24 jam lebih awal di www.tonton.com.my, atau muat turun aplikasi Tonton di Google Play dan App Store.

Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, serta Instagram rasmi Drama Sangat di @dramasangat.



Source link

OR

Scroll to Top