01 Ogos 2024 08:16amMasa membaca: 4 minit
PERENANG China, Pan Zhanle memecahkan rekod dunia acara 100 meter (m) gaya bebas lelaki miliknya sendiri di Sukan Olimpik Paris pada Rabu sekali gus merangkul pingat emas.
Pan mencatat masa 46.40 saat, lebih satu saat di hadapan perenang Australia, Kyle Chalmers yang meraih perak, lapor Agensi Berita Xinhua.
David Popovici dari Romania memenangi pingat gangsa selepas berada 0.01 saat di belakang pemenang tempat kedua.
Catatan masa atlet berusia 19 tahun itu iaitu 46.80 saat mengatasi rekod dunia yang dilakukannya di Doha Februari lepas.
“Hari ini saya sebenarnya tidak menyangka untuk memecahkan rekod. Ia adalah keputusan yang sempurna dan satu langkah besar untuk saya dan pasukan renang China,” kata Pan. – Bernama-Xinhua
OR