am@hmetro.com.my
Kota Bharu: Polis menahan enam lelaki tempatan bagi membantu siasatan kes pergaduhan di Jalan Kebun Sultan di sini, yang turut tular di media sosial.
Lelaki berusia lingkungan 20-an hingga 30-an itu ditahan jam 3.30 petang semalam ketika hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, mereka disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.
“Kesemua suspek ditahan reman selama empat hari bermula hari ini sehingga Ahad ini. Kes masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Polis cari sekumpulan individu bergaduh di Jalan Kebun Sultan
© New Straits Times Press (M) Bhd