Suami kepada Amyza Aznan iaitu Khairil Idzar berkata dia reda dengan pemergian anak mereka, Andre Mikhail serta menjadi penguat buat dirinya.
Memetik mStar Online, Khairil berkata anaknya pergi di bulan yang mulia di bulan Ramadan dan dia ada disisi arwah ketika menghembuskan nafas terakhir.
BACA: Anak Sulung Amyza Aznan Meninggal Dunia
“Dia pergi di bulan Ramadan, Itu yang menguatkan saya. Saya ada bersama Allahyarham (meninggal), semuanya dipermudahkan. Pemergiannya terlalu mudah,” katanya.
Sementara itu, Khairil menyifatkan anak sulungnya itu seorang yang baik serta tidak pernah menyusahkan keluarga meskipun berjuang melawan kanser paru-paru.
“Dia anak yang baik. Tidak menyusahkan saya walaupun dalam keadaan sakit. Dia tak dapat bercakap ketika nafas terakhirnya. Doktor dah maklumkan semalam yang keadaannya kritikal,” katanya.
Dalam pada itu, Khairil berkata meskipun setahun menahan sakit arwah anaknya itu sentiasa kelihatan ceria.
“Anak saya setahun melawan sakit kanser. Dia tetap gembira walaupun sakit. Dia ada tanya kenapa makin lama makin tak kuat, tapi itulah prosesnya kan,” katanya.
Sumber: mStar Online






