Perjuangan KPWKM untuk peruntukan bantuan pendidikan, sokongan kanak-kanak autisme, jadi kenyataan

Perjuangan KPWKM untuk peruntukan bantuan pendidikan, sokongan kanak-kanak autisme, jadi kenyataan


KUALA LUMPUR – Peruntukan bantuan pendidikan dan sokongan kepada ibu bapa dan kanak-kanak autisme yang menjadi antara fokus Belanjawan 2025 yang dicadangkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) kini menjadi kenyataan.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, inisiatif buat julung kali diumumkan itu telah disuarakannya dalam mesyuarat Kabinet sebelum ini.

Jelas beliau, ia dilihat selaras dengan keperluan semasa golongan rentan berkenaan.

“Alhamdulillah mendapat RM23 juta bantuan yuran pembelajaran untuk 30,000 anak autisme bagi meringankan beban ibu bapa yang layak berjumlah RM15 juta,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebanyak 11 Pusat Permata baharu akan dibina bagi melengkapkan setiap negeri dengan pusat didikan anak-anak autism seluruh negara.

Menurutnya, ini termasuk Pusat Permata di Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak.

Beliau turut mengumumkan sebuah Pusat Perkhidmatan Autisme akan dibangunkan bagi memanfaat komuniti autisme dengan peruntukan RM5 juta.

Anwar dalam masa yang sama berkata, had pelepasan cukai bagi perbelanjaan rawatan dan pemulihan anak autisme akan ditingkatkan kepada RM6,000 pada 2025 berbanding RM4,000 tahun ini. – MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top