Pelakon Anzalna Nasir berkata kekayaan bukan faktor utama dalam sesebuah perkahwinan sebaliknya keserasian dan saling menghormati pasangan adalah perkara penting.
Menerusi hantaran di Threads, Anzalna menjawab komen seorang netizen yang mempersoalkan mengenai adik beradik pelakon itu yang mempunyai pasangan yang kaya.
BACA: “Cantik-Cantik Miss Universe Depan Kami” – Anzalna Nasir Syukur Suami Jaga Pandangan

“Macam mana adik beradik macam Anzalna dapat kahwin dengan lelaki kaya. Lawa itu satu hal lah,” soal seorang netizen.
Sementara itu, Anzalna berkata setiap individu mempunyai rezeki mereka masing-masing serta menyifatkan sesebuah perkahwinan itu adalah perjalanan yang perlu dilalui bersama-sama.






