Pendakwah bebas Ustaz Wan Halim tampil memberi penjelasan mengenai isu status perkahwinan melibatkan pasangan selebriti yang hangat diperkatakan ramai.
Memetik Astro Gempak, Ustaz Halim berkata perkahwinan itu sah jika memenuhi lima rukun nikah iaitu pengantin lelaki, pengantin perempuan, wali, saksi dua orang lelaki, muslim, baligh, berakal serta ijab dan qabul.
BACA: “Adakah Sah Perkahwinan Ini? Tanpa Pengetahuan Bakal Isteri?” – Uqasha
“Dan satu lagi perlu dilihat dari sudut pentadbiran undang-undang yang berkuat-kuasa dengan mendapat kebenaran daripada Jabatan Agama Islam Negeri dan perlu dapat kebenarab nikah. Kalau dapat, maka nikahnya sah saja,” katanya.
Sementara itu, Ustaz Halim turut meminta pasangan untuk membuat semakan semula dokumen termasuk sijil nikah serta kesilapan tersebut tidak sepatutnya berlaku.
“Perkara ini sebenarnya tidak akan berlaku kerana penolong pendaftar nikah cerai rujuk atau TPNCR akan menulis tempat dan masa perkahwinan itu selepas angkat nikah dijalankan.
“Sekiranya ada perubahan tarikh pada awal permohonan dan butiran pemohon, dia ada satu lagi borang kosong yang kita isi hanya selepas daripada angkat nikah baru kita isi,” katanya,
Dalam pada itu, pendakwah itu turut menekankan kepentingan dalam mendapatkan kesasihan dalam hal perkahwinan terlebih dahulu daripada pihak terlibat termasuk pihak jabatan agama.
“Perkara macam ini perlu mendapat kesasihan dahulu dan dirujuk daripada pelbagai sumber seperti pihak jabatan agama Islam, pihak saksi, pihak pengantin lelaki dan sebagainya,” katanya.
Sumber: Astro Gempak