Perlu ada nombor pengenalan cukai untuk temujanji Puspakom

Perlu ada nombor pengenalan cukai untuk temujanji Puspakom


KUALA LUMPUR – Semua pelanggan Puspakom perlu mempunyai nombor pengenalan cukai (TIN) untuk sebarang transaksi pembayaran atas talian MyPUSPAKOM dan di semua cawangannya bermula 25 Julai 2024.

Ini adalah selaras dengan penguatkuasaan sistem invois elektronik atau e-invois oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Langkah ini bertujuan untuk menyelaras dan meningkatkan sistem percukaian negara serta menggalakkan ketelusan dalam urusan kewangan dan percukaian.

Untuk pelanggan korporat, maklumat yang diperlukan adalah TIN, Nombor pendaftaran syarikat dan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Manakala untuk pelanggan individu mereka hanya perlu nombor kad pengenalan dan TIN.

“Puspakom menyarankan semua pelanggan untuk memastikan mereka mempunyai TIN sebelum membuat temujanji di www.mypuspakom.com.my .

Maklumat ini adalah penting untuk memastikan setiap transaksi pembayaran dapat diproses dengan betul dan efisien oleh Puspakom dan LHDN,” katanya. – MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top