“Perlu Ke Saya Minta Izin Suami Macam Dia?” 

“Perlu Ke Saya Minta Izin Suami Macam Dia?” 

“Perlu Ke Saya Minta Izin Suami Macam Dia?” 


Pelakon Linda Hashim berpendapat tiada keperluan untuk dia meminta izin daripada suaminya, Beego untuk menunaikan ibadah umrah pada Disember lalu.

Memetik mStar Online, Linda berkata dia sudah mendapatkan pandangan agamawan yang menyifatkan keizinan suami tidak lagi relevan sekiranya tanggungjawab sebagai ketua keluarga gagal ditunaikan, tambahan pula dia ke sana untuk beribadah.

BACA: “Saya Tak Marah…Salah Ke Minta Izin Dulu Nak Pergi Umrah?” – Beego

“Perlu ke saya minta izin suami macam dia? Saya dah bertanya ustaz dan ustazah. Mereka kata, Linda pergilah, kau perlu taat kepada Allah.

“Apabila suami memudaratkan, tak memberi nafkah, dia sudah tidak layak memegang peranan sebagai khalifah. Saya pergi untuk beribadah, bukan untuk berseronok,” katanya.

Menurut Linda lagi, suaminya tahu mengenai hasratnya untuk menunaikan ibadah umrah sejak awal lagi, serta mendakwa pasport miliknya dan anak-anak pernah disimpan sehingga memaksanya membuat laporan polis serta memohon dokumen baru.

“Dia tahu saya nak pergi. Passport kami sekeluarga pernah diambil. Bila minta semula, hanya passport anak dipulangkan. Pasport saya tiada. Akhirnya terpaksa buat passport baru  Ogos tahun lalu. Anak sendiri beritahu, ‘Mummy nak pergi umrah nanti kan?’ Jadi mustahil dia tidak tahu,” katanya.

Dalam pada itu, Linda berkata dia terguris hati apabila suaminya mendakwa dia menunaikan umrah bukan atas jemputan Allah sebaliknya sekadar ihsan penaja.

“Saya diberitahu kononnya saya pergi atas ehsan orang, bukan kerana Allah jemput. Saya seram dengar ayat itu. Masya-Allah, berani sungguh cakap begitu.

“Walaupun atas ehsan orang, itu tetap rezeki. Namun hakikatnya, setiap orang menjejakkan kaki ke sana hanya kerana jemputan Allah. Tak kira siapa,” katanya.

Sumber: mStar Online






Source link

OR

Scroll to Top