Perlu permit untuk masuk Sungai Chiling bermula 1 Mac

Perlu permit untuk masuk Sungai Chiling bermula 1 Mac



am@hmetro.com.my

Hulu Selangor: Individu yang ingin memasuki Sungai Chiling perlu mendapat permit memasuki hutan simpan kekal (HSK) bermula 1 Mac ini.

Jabatan Perhutanan Selangor dalam kenyataan berkata, arahan itu dikeluarkan Pengarahnya, Azhar Ahmad.

Menurutnya, kemasukan dengan bayaran RM5 seorang dikenakan mengikut kadar ditetapkan di dalam Jadual Keempat (4) Kaedah-Kaedah Hutan Selangor 1988.

“Kadar had kemasukan sehari sebanyak 500 orang saja,” katanya.

Kenyataan itu berkata, waktu operasi Sungai Chiling bermula 8 pagi hingga 6 petang.

“Permohonan dan pembayaran permit memasuki HSK boleh dilakukan di Pejabat Hutan Daerah Hulu Selangor, Jalan RP 4/1, Kompleks Kerajaan, Rawang Perdana, Rawang, Selangor,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top