Permohonan geran KWASN 2025 dibuka mulai esok

Permohonan geran KWASN 2025 dibuka mulai esok


KUALA LUMPUR- Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bakal meneruskan geran Kumpulan Wang Amanah Sukan Negara (KWASN) bagi tahun 2025 dalam usaha menyokong persatuan sukan dalam menganjurkan pertandingan bagi mempersiapkan atlet beraksi ke kejohanan antarabangsa.

KBS menerusi kenyataan memaklumkan permohonan geran KWASN bagi tahun 2025 akan dibuka mulai esok dan permohonan ini tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan.

“Penganjuran pertandingan sukan serta penyertaan ke kejohanan sukan di luar negara adalah berdasarkan kepada jenis sukan yang tersenarai di dalam Perintah Pembangunan Sukan (Pindaan Jadual Pertama) 2023, Akta Pembangunan Sukan 1997 [Akta 576] yang boleh dimuat turun dari pautan https://tinyurl.com/AKTA576.

“Pematuhan kepada Akta 576 adalah wajib, terutamanya seksyen 33 dan 34 berkaitan penganjuran kejohanan acara sukan antarabangsa apabila memohon geran KWASN,” kata kenyataan itu.

KBS memaklumkan orang ramai boleh melayari portal KBS https://www.kbs.gov.my/utama-kwasn untuk mendapatkan butiran lanjut mengenai geran berkenaan. – BERNAMA



Source link

OR

Scroll to Top