Permohonan undi pos PRN Sabah dilanjut hingga 27 Oktober

Permohonan undi pos PRN Sabah dilanjut hingga 27 Oktober


Kota Kinabalu: Tarikh tutup permohonan undi pos bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 dilanjutkan hingga 27 Oktober ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerusi kenyataan hari ini memaklumkan permohonan itu adalah bagi Kategori 1B (warganegara Malaysia tinggal di luar negara) dan Kategori 1C (agensi/organisasi).

“Mana-mana pengundi yang layak di bawah Kategori 1B dan Kategori IC boleh memohon secara dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my,” menurut kenyataan itu.

Menurut SPR, untuk sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut, hubungi talian 03-8892 7080 atau 03-8892 7018.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top