Pelawak Azlee Senario berkata dia bersetuju dengan kenyataan Fad Bocey berkenaan golongan pelawak kini semakin suram kerana kurang tawaran persembahan.
Memetik Astro Gempak, Azlee berkata kebanyakan pelawak kini sudah lama tidak muncul di kaca televisyen serta berharap produksi serta stesen televisyen turut memberi ruang kepada mereka.
BACA: “Tak Payah Jadi Pelawak, Belajar Pandai-Pandai Cari Kerja Menjamin Masa Depan”
“Saya bersetuju dengan kenyataan Fad Bocey. Pernah nampak ke kami berada di kaca TV? Tak ada. Dah lama dah tak ada.
“Mungkin ada segelintir yang muncul sikit-sikit, tapi secara keseluruhannya kami memang dah lama tak keluar TV. Sebab itu apa yang Fad cakap tu kadang-kadang betul,” katanya.
Sementara itu, Azlee berkata dia menganggap rezeki setiap individu berbeza namun dia berharap pihak produksi turut memberi peluang kepada pelawak-pelawak tanah air.
“Bagi saya, banyak lagi rezeki lain. Insya-Allah. Tapi kalau boleh, production di luar sana atau stesen TV pandang-pandanglah pelawak ni.
“Pelawak ni berbeza dengan yang lain. Pelawak adalah antara yang paling susah kerana tugas kami untuk menghiburkan orang,” katanya.
Dalam pada itu, Azlee turut menitipkan nasihat kepada rakan-rakan pelawak untuk tidak bergantung kepada stesen televisyen semata-mata sebaliknya merebut apa saja peluang untuk mencari pendapatan.
“Kita kena kreatif. Kita kena pandai cipta peluang di luar sana kalau tak ada peluang di dalam. Kepada rakan-rakan pelawak di luar sana, kita sama-sama anak seni.
“Rebutlah peluang-peluang yang ada, buat apa sahaja yang boleh mendatangkan pendapatan. Jangan bergantung kepada stesen TV sahaja,”katanya.
Sumber: Astro Gempak






