Perkongsian Uqasha Senrose menjadi perhatian apabila memuat naik hantaran di Insta Story mengenai dakwaan Kamal Adli yang terjumpa anak.
Menerusi hantaran di Insta Story, Uqasha berkata hal melibatkan anak, termasuk perjumpaan sudah tentu ianya diketahui olehnya sebagai ibu Hawra Uqaira.
BACA: “Ingat! Uqasha Masih Isteri Orang, Saya Suami Dia Yang Sah”
Menurut Uqasha lagi, dia mendakwa serta mempersoalkan mahu ke rumah yang mempunyai barang-barangnya perlu ada tarikh atau membuat booking.

“Fuh penat macam ni, kenapa? Bila bila saya tak kasi masya-Allah? Saya ambil tutor, private playschool untuk anak, dia ada kelas.
“Dan untuk saya nak ke rumah yang penuh barang saya pun kena ada tarikh jugak? Jadi? Apa ni?
“Dan bila awak cakap terjumpa dan was planned with my brother, sudah tentu dengan izin walaupun awak cakap jangan bagitau siapa-siapa.
“Saya ibu dia, sudah tentu ibu saya pun aware mengenai hal ini. Kalau tak, tak akan Uqaira boleh dibawa keluar macam tu je? Fitnah apa lagi ni?
“Oh nak ambil barang barang saya dekat rumah kena booking?” katanya.


Dalam pada itu, turut menjadi perhatian kenyataan Uqasha mengenai anak serta mempersoalkan sebelum ini tidak beria untuk memuat naik video atau gambar anak.
“Ya, pada mulanya memang berat hati teramat saya nak bagi anak perempuan, atas dasar apa tak apa hanya saya, dia dengan Allah yang tahu.
“Selepas beberapa ketika, perlahan-lahan saya paksa diri untuk percaya. Dia masih bayi dan perempuan pula tu. Tolong berhenti dengan gunakan anak please, dia baby girl.
“Last, jika awak masih gunakan anak sebagai bullet, saya tidak akan berdiam diri. Dulu tak beria nak anak? Dulu tak beria post video atau gambar anak?
“Siapa yang selalu post video awak dengan anak? Untuk tunjuk to the world how loving father you are.
“Ada tak awak pernah ambil video saya dengan anak dan post? Saya had to record myself as memories,” katanya.






