Persaraan Faizal cabaran baharu buat Harris Iskandar, Azrai Aizad

Persaraan Faizal cabaran baharu buat Harris Iskandar, Azrai Aizad


Vikneswaran percaya Harris Iskandar (kanan) mampu mengisi posisi ditinggalkan Faizal. Foto Malaysian Hockey Confederation

PERSARAAN Faizal Saari dari skuad hoki kebangsaan membuka lembaran baharu dengan memberi peluang kepada pemain muda seperti Mohammad Harris Iskandar Osman dan Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal untuk menyerlah.

Legenda hoki negara, I Vikneswaran yakin kedua-dua pemain ini mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh penyerang prolifik The Speedy Tigers berkenaan.

Vikneswaran juga menyifatkan Faizal sebagai ‘magician’ pukulan sudut penalti yang sentiasa digeruni lawan, namun percaya Haris Iskandar dan Azrai Aizad mempunyai potensi untuk mengambil alih peranan penting tersebut.

“Ini adalah peluang keemasan buat Azrai Aizad dan Haris Iskandar untuk membuktikan kemampuan mereka. Jadi mereka perlu mengambil tanggungjawab dan menunjukkan prestasi terbaik masing-masing,” ujar Vikneswaran.

Azrai Aizad (kanan). Foto Malaysian Hockey Confederation

Azrai Aizad (kanan). Foto Malaysian Hockey Confederation

Beliau melihat kedua-dua pemain muda ini memiliki bakat dan semangat juang yang tinggi di padang, namun, mereka perlu menimba lebih banyak pengalaman dan belajar daripada ketenangan Faizal dalam situasi tekanan tinggi.

“Cuma mereka kurang pengalaman berbanding Faizal yang sudah mempunyai 302 caps sepanjang 15 tahun bersama Speedy Tigers.

“Selain itu, Faizal ini pemain yang cukup tenang apabila berdepan situasi tekanan tinggi dalam perlawanan, dan inilah yang perlu pelapis kita pelajari daripadanya,” katanya.

Vikneswaran turut menekankan kepentingan perancangan pembangunan pelapis yang berterusan bagi memastikan Speedy Tigers tidak ketandusan pemain berkualiti pada masa depan.

“Kita perlu sentiasa melahirkan pemain muda yang mampu bersaing di peringkat tertinggi. Ini penting untuk memastikan kesinambungan kejayaan Speedy Tigers,” katanya.



Source link

OR

Scroll to Top